Variasi Menarik

Variasi Menarik
Showing posts with label Gerbang Jutawan. Show all posts
Showing posts with label Gerbang Jutawan. Show all posts

Tuesday, 24 April 2012

Tuesday, 24 January 2012

HARGA EMAS DIJANGKA NAIK RM5,662 SEAUNS

BERITA HARIAN


HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.

Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA  (Link Artikel)

1. Nak tengok harga semasa Emas Public Gold? Klik SINI. 

Daily Gold Chart

Public Gold Price (24 Hours Live)


(Last updated 2012-01-24_18:35:37)
 PG SellPG Buy
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)
10 gramRM 1,880.00RM 1,729.00
20 gramRM 3,724.00RM 3,501.00
50 gramRM 9,268.00RM 8,758.00
100 gramRM 18,449.00RM 17,526.00
250 gramRM 45,905.00RM 43,839.00
 
1 DinarRM 763.00RM 718.00
5 DinarRM 3,800.00RM 3,591.00
10 DinarRM 7,567.00RM 7,189.00
 
i-Series 22K Jewellery
10 gramRM 1,747.00RM 1,572.00
20 gramRM 3,494.00RM 3,145.00
50 gramRM 8,735.00RM 7,862.00
100 gramRM 17,471.00RM 15,724.00
 
D-Series 22K Jewellery
1 gramRM 179.10RM 146.86

Daily Silver Chart

Public Silver Price (24 Hours Live)

(Last updated 2012-01-24_18:35:37)
 PG SellPG Buy
100 gramRM 416.00RM 354.00
250 gramRM 1,036.00RM 891.00
500 gramRM 2,064.00RM 1,796.00
1 kilogramRM 4,111.00RM 3,618.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

2. Nak Order? Sms maklumat berikut :
  • Nama Penuh
  • No IC
  • Alamat Emel
  • Alamat Tempat Tinggal
  • Cawangan Pengambilan
  • No Hp
  • Jenis Emas dan Harga Semasa
Hantar ke No saya 012-4486940.

3. Selepas saya buat order, Public akan menghantar Sales Order / Purchase Order ke alamat emel anda.

4. Download Sales Order, buat bayaran.

5. Bawa Sales Order + Slip Bayaran asal ke cawangan Public Gold yang berhampiran dan ambil emas anda!

FAST ACTION FAST RESULT

EMAS TERUS MENJADI BURUAN PELABUR



UTUSAN MALAYSIA, 11 JANUARI 2012

Walaupun berlaku penurunan, kenaikan harga Emas sejak 10 tahun yang lalu masih memberikan pulangan sebanyak 468%, dengan purata tahunan sebanyak 46% setahun! 



PETALING JAYA 10 Jan. - Pengukuhan harga emas yang dilihat sebagai alat pelaburan jangka panjang, semakin menarik orang ramai membelinya sekali gus menawarkan prospek jualan yang baik.

Pengerusi Eksekutif Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon berkata, bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011, syarikat telah mencatatkan jualan sebanyak RM692.4 juta, bertambah 23.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Malah, beliau juga menjangkakan prestasi yang sama mampu dicapai pada tahun kewangan semasa, berdasarkan pengukuhan harga emas dan permintaannya.

"Harga emas yang semakin meningkat tidak bererti permintaan akan jatuh, sebaliknya kadar jualannya lebih tinggi kerana mahu dijadikan sebagai alat pelaburan," katanya selepas mesyuarat agung tahunannya, di sini hari ini.

Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011, Poh Kong merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM57.7 juta.

Katanya, harga emas dijangka terus kukuh tahun ini kerana dipengaruhi oleh ketidakstabilan di Timur Tengah seperti mana yang berlaku pada pertengahan tahun lalu.

"Tahun lalu, harga emas melonjak akibat ketidakstabilan politik di rantau Arab dan tertinggi direkodkan mencecah sehingga AS$1,900 seaun pada 5 September 2011," kata beliau.

Pada masa ini, harga emas dunia diniagakan pada paras sekitar AS$1,600 seaun (RM5,000).
Choon berkata, dalam usaha meningkatkan jualannya, Poh Kong akan membuka rangkaiannya yang ke-101 di Ipoh, Perak Mac ini.

Beliau berkata, pada setiap tahun, syarikat itu akan menambah tiga hingga lima rangkaian baharu melibatkan kos setiap sebuah sebanyak RM5 juta, bergantung kepada keluasannya.

SUMBER - Link