Variasi Menarik

Variasi Menarik

Monday 31 December 2012

KENAPA EMAS SIMBUL KEKAYAAN SEBENAR..




Mengapa EMAS Adalah Simbol Kekayaan Sebenar!
  • Ia sukar diperolehi.
  • Emas tidak boleh dibinasakan.
  • Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak luntur .
  • Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
  • Aset yang terunggul.
  • Ia tidak boleh dimanipulasikan.
  • Nilai yang terpelihara dan kekal.

Sukar Diperolehi - Sememang nya emas amat sukar untuk diperolehi. Ianya adalah sumber mineral dari hasil perut bumi dan ianya tidak boleh dicipta untuk menambah bilangan emas. Senang cerita ianya bukan barang yang boleh dibuat, dihasilkan dengan kepandaian manusia melainkan hanya untuk memproses untuk menjadikan ianya produk emas. Ini kerja Allah yang maha esa.
Tidak Boleh Dibinasakan - Sebagaimana sukar untuk memperolehinya, begitu juga dengan kesukaran untuk memusnahkannya. Adakah emas boleh dibakar dengan suhu panas biasa? Adakah ianya larut di dalam air? Adakah emas luntur warnanya? Tidak bukan... Jadi ianyaterbukti tahan dan kalis musnah.
Warna Kuning Keemasan - Lihat sahaja warnanya ianya sudah melambangkan kemewahan. Bahkan Raja-Raja pun banyak menggunakan warna kuning emas ini sebagai tanda kedaulatan dan kekayaan negeri.
Harga Emas Yang Meningkat - Seperti yang saya dah cerita tadi harga emas akan meningkat  sebanyak purata 40% dari tahun ke tahun. Tak percaya boleh Google!
Aset Yang unggul - Jika anda membeli emas dengan kiraan satu Dinar, maka pada masa hadapan anda masih lagi memiliki nilai emas 1 Dinar. Ianya akan tetap berkilau, diterima dan tiada mata wang dunia yang tidak tertakluk oleh emas!
Sukar Untuk Dimanipulasi - Andaikata matawang, ianya amat mudah untuk dimanipulasi. Jika masih ingat bagaimana matawang Ringgit kita di permainkan sehingga pada satu tahap jatuh kepada RM4.50 berbanding dollar. Tetapi tidak pada emas. Emas tidak boleh dicetak, beli secara melampau dan menjual sesuka hati dengan tujuan manipulasi. Bagaimana hendak membeli emas secara banyak jika penghasilannya terhad? Ianya tidak sama sekali lemah seperti matawang.
Nilai Terpelihara - Macam yang saya katakan tadi nilai emas adalah unggul dan tidak boleh dimanipulasikan. Sekaligus menjadikan ianya komoditi terpelihara nilainya. Emas adalah absolutely AMAZING and UNBEATABLE!

No comments:

Post a Comment